Herry IP tidak Ikut ke All England? Menjelang aksi kejohanan All England tidak lama lagi timbul pula isu jurulatih perseorangan lelaki negara iaitu Herry Ip tidak dapat ikut ke sana bersama-sama dengan para pemain dan anak didiknya.
Ia jelas memberi tamparan hebat buat Aaron chia dan soh wooi yik serta beregu lain yang bakal beraksi di petas besar itu tidak lama lagi. Namun ia bukan sesuatu yang boleh di paksa kerana terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Sebelum itu, Herry ketika ditemui media berkata dia nampak peluang besar untuk Malaysia menjuarai All england kali ini bagi acara beregu lelaki kerana kehadiran ramai pemain-pemain Malaysia pada edisi kali ini. Ia memberi peluang untuk Malaysia menjulang trofi berprestij tersebut selepas tahun lepas aaron chia berjaya mendapat keputusan naib juara all england 2024.
Malaysia mempunyai tujuh pasangan beregu di mana empat daripadanya adalah daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Chong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
Berkata mengenai punca dia tidak mengikut pemain-pemainnya di All England, Herry mengesahkan yang dia masih belum mendapat visa. Jadi para pemain-pemain bergerak ke sana terlebih dahulu dan jika sempat dia akan menyusul kemudian.
Herry juga berkata, buat masa ini, dia akan berkomunikasi dengan barisan jurulatih menerusi panggilan video sahaja bagi memantau pergerakan dan aktiviti para pemain di sana.
--
Kita doakan agar herry Ip dapat ke sana secepat mungkin dan terus membimbing skuad Malaysia agar dapat menjulang trofi pertama mereka musim 2025 ini. Semoga berjaya coach !!
Jom komen ! :)