Herry IP harap Aaron dan Wooi Yik berjaya di All England

obay
By -
0

Herry IP harap Aaron dan Wooi Yik berjaya di All England. Menjelang kejohanan tumpuan pada pertengahan bulan Mac 2025 ini iaitu Kejohanan Seluruh England, Jurulatih perseorangan lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata kelebih untuk Malaysia kerana mempunyai dua beregu hebat di pentas dunia iaitu Aaron Chia dan SOh wooi yik serta Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.

Herry berkata kehebatan beregu lelaki Malaysia dapat dilihat sekarang ini kerana mendominasi carta ranking dunia bahkan jurulatih dari Indonesia itu juga berharap Aaron chia dan soh wooi yik dapat bermain baik di pentas All England tidak lama lagi.


Herry IP harap Aaron dan Wooi Yik berjaya di All England



Ditambah pula dengan kehadiran 7 beregu lelaki negara di pentas All England tahun ini memberi kelebihan buat skuad Malaysia dalam memburu kejuaraan seluruh england 2025 ini.


Jurulatih yang terkenal dengan gelaran Naga Api itu berkata :

"Bagi saya itu sangat bagus kerana siapa pun menang, ia tetap dari Malaysia.


"Tapi, saya selaku jurulatih di BAM (Akademi Badminton Malaysia), berharap Aaron-Wooi Yik dapat tampilkan aksi terbaik dan unggul di Seluruh England," katanya.


Aaron chia dan soh wooi yik pernah menjadi naib juara All England pada tahun lepas dan juga pada tahun 2019 yang lalu. Jadi kita harap mereka berdua dapat melangkah ke pentas final sekali lagi seterusnya merangkul kejuaraan tersebut dengan jayanya.

Good Luck Aaron chia dan soh wooi yik.

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan (0)