Chen Tang Jie dan Toh EE Wei mahu bangkit

obay
By -
0

Chen Tang Jie dan Toh EE Wei mahu bangkit. Dalam pembukaan tahun baru 2025, persembahan permainan kedua-dua pemain beregu campuran negara kita ini tidak mencapai tahap yang diinginkan. Bahkan para peminat juga tahu dan menghidu kekurangan dalam permainan mereka dalam kejohanan bulan januari 2025 ini. 

Pasangan itu bagaimanapun bertekad mahu bangkit dalam kejohanan yang akan mereka sertai untuk bulan Mac 2025 nanti iatu All England yang pasti sangat penting untuk mereka. Bahkan mereka juga mahu menjulang trofi sulung untuk tahun ini tidak lama lagi.


Chen Tang Jie dan Toh EE Wei mahu bangkit



Prestasi merudum

Tang Jie berkata:   

"Untuk musim ini, memang kami kurang puas hati kerana dalam setiap kejohanan yang disertai, kami ada peluang untuk mara lebih jauh dan mendapatkan kejuaraan atau podium. Tapi, selalu tersekat di suku dan separuh akhir.


"Pada kejohanan terakhir (Masters Indonesia), memang kami bermain dengan baik tetapi masih kalah. Begitu juga di Terbuka India dan Terbuka Malaysia, kami bermula dengan baik tetapi tetap tewas, jadi memang tidak puas hati," katanya

Kritikan Pedas Peminat.

Tang jie berkata dia mengakui komen pedas dari peminat susulan prestasi tidak memuaskan mereka baru-baru ini. Dia juga berkata dia turut membaca kritikan-kritikan dari netizen dan sedar yang mereka merupakan harapan para peminat.


"Tipulah kalau saya kata saya tak baca kritikan-kritikan tersebut, tetapi saya tahu mereka meletakkan harapan kepada kami. Saya tetap menghargai apa yang mereka katakan kerana mereka juga sudah meluangkan masa untuk menyaksikan kami bermain," katanya.

--

Aku jangka yang kita boleh tengok pasangan chen tang jie dan toh ee wei turun bermain pada awal bulan 3 iaitu ketika All England 2025 nanti. Jadi teruskan beri sokongan kepada mereka dan kita doakan mereka dapat menjulang trofi All England kali ini. Good Luck Chen tang jie dan toh ee wei ! 

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan (0)