Sistem Kiraan Mata BWF World Junior Mixed Team Championships 2024

Sistem Kiraan Mata BWF World Junior Mixed Team Championships 2024


Sistem Kiraan Mata BWF World Junior Mixed Team Championships 2024. Sejak bermulanya kejohanan dunia bagi kategori Junior di China ini ramai yang pening dengan sistem kiraan mata yang dilakukan oleh BWF yang nampak memeningkan.

Namun begitu, ia sebenarnya sangat senang dan mudah untuk difahami.


1. Setiap match maksimum mata diperoleh adalah 11 mata sahaja.

2. Setiap perlawanan akan dicampur matanya dan perlu mengumpul jumlah mata sebanyak 110 mata keseluruhannya yang melibatkan 10 pemain.

3. Dalam bahasa mudah, semua pemain akan bermain dan tidak ada yang akan terkecuali.

4. sebagai contoh mata pertama malaysia adalah 11-3. manakala mata kedua yang di catakan adalah 22-8. Tapi sebenarnya mata yang di menangi oleh mereka adalah 11-5.



Sistem Kiraan Mata BWF World Junior Mixed Team Championships 2024



22-8 tolak dengan 11-3 hasilnya adalah 11-5. Tetapi bwf campur semua siap-siap dan keluarkan mata akhir yang terkini di dalam keputusan mereka.


Begitu juga dengan perlawanan ketiga yang mana malaysia mendapat mata 33-14. Apabila ditolak dengan 22-8. keputusan perlawanan tersebut adalah 11-6. 33-14 itu adalah jumlah terkumpul sampai perlawanan ketiga.


Begitulah seterusnya sehingga mereka mendapat mata 110 untuk memenangi perlawanan ini. Jika tidak, jumlah mata paling banyak akan dikira bagi menentukan siapa pemenangnya.


Harap ini membantu pemahaman peminat badminton malaysia mengenai sistem kiraan mata bagi bwf junior yang sedang berlangsung ini.


Sistem Kiraan Mata BWF World Junior Mixed Team Championships 2024


Kalau korang masih ingat, sistem yang sama juga diguna pakai ketika olimpik junior yang berlangsung baru-baru ini. Jadi tak peliklah BWF masih mengekalkan sistem ini.


Bagi mereka, sistem ini lebih praktikal dan lebih memberi peluang kepada para pemain merasai permainan berbanding hanya memilih 3 terbaik daripada 5 permain seperti yang dilaksanankan untuk pasukan senior.


Semoga Skuad Muda Negara dapat menjulang trofi bermakna ini seterusnya membanggakan rakyat Malaysia keseluruhannya.

0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم