Penang FC Dibelasah Sabah Di Stadium Bandaraya. Satu keputusan yang mengecewakan penyokong bola sepak pulau pinang apabila pasukan kesayangan mereka dibelasah teruk oleh pasukan lawan di hadapan penyokong sendiri.
Dalam perlawanan semalam, pasukan Penang kalah 0-4 kepada pasukan pelawat iaitu sabah dalam aksi liga super matchday 14. Ia jelas menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak setempat mengenai masalah yang dihadapi oleh pasukan dari utara tanah air itu.
Saddil Ramdani membuka tirai jaringan seawal minit ke dua apabila percubaan cantik dari arah kiri pintu gol menewaskan penjaga gol pulau pinang Sikh Izhan.
Selang beberapa minit iaitu pada minit keenam, Gabriel peres pula menjaringkan gol untuk pasukan sabah dan kali ini sepakan percumanya yang diambil secara leret menewaskan penjaga gol. Untuk pengetahuan korang, jauh juga tau free kicik ni di ambil tetapi tetap dapat menewaskan penjaga gol penang.
Pada minit ke 35 pula, stuart wilkin menjaringkan gol ketiga perlawanan menerusi sepakan curling dari luar kotak penalti dan percubaan itu gagal ditangkap oleh penjaga gol penang.
Bersambung babak kedua, lebih mengejutkan apabila Dominic tan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 50 juga dari luar kotak penalti. Tepissan dari penjaga gol penang tidak cukup untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol lalu menewaskan mereka.
Keputusan akhir, Penang 0 - 4 Sabah.
Berdasarkan kedudukan liga, pasukan penang berada di kedudukan ke 11 liga dengan 11 mata. manakala pasuakan Sabah naik ke tangga ke tiga dengan 20 mata.
إرسال تعليق
Jom komen ! :)