Malaysia B17 Gagal, Christopher Raj Letak Jawatan. Mengambil tanggungjawab selepas kegagalan skuad B-17 layak ke Sukan Asia bawah 17, pengurus pasukan Christopher Raj bertindak meletak jawatan sebagai pengurus pasukan bawah tujuh belas tahun kebangsaan. Perkara itu diumumkan dalam satu posting instagram miliknya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Christopher Raj berkata :
"Sehubungan itu, saya selaku pengurus pasukan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini dengan mengundur diri dan melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan B-17 serta merta.
"Melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan B-17 ini adalah jalan yang terbaik untuk membuka peluang kepada muka baharu menggalas tanggungjawab membawa skuad negara ke peringkat lebih tinggi sehingga mencapai misi ke Piala Dunia.
"Kita memulakan kempen dengan tunduk kepada UAE 0-2 dan kemudian seri di tangan tuan rumah (Laos) semalam, sekali gus terlepas tiket ke Piala Asia 2025 apabila mengakhiri saingan peringkat kumpulan H dengan satu mata di tangga kedua.
"Kegagalan ini amat pahit untuk ditelan dan amat sedih apatah lagi kita tidak dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, yang mana skuad negara berjaya layak ke Piala Asia B-17 2023," katanya .
"Saya amat menghargai segala peluang yang telah diberikan kepada saya dan pengalaman berkhidmat untuk negara ini adalah sesuatu yang amat membanggakan buat saya yang tidak mungkin akan dapat saya lupakan," katanya.
إرسال تعليق
Jom komen ! :)