JDT Belasah Shanghai Shenhua

JDT Belasah Shanghai Shenhua. Tidak seperti ramalan pengulas yang lain, aku sudah jangka yang JDT tidak punya masalah untuk memenangi perlawanan ini memandangkan ia berlangsung di HOME mereka di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua JDT untuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang berkesudahan JDT menang 3-0. Memang power gameplay diorang semalam.

Hasil dari kemenangan ini, JDT melonjak naik ke tangga kedua kumpulan A dibawah Gwangju FC. Dalam perlawanan semalam, kita lihat JDT lebih banyak menyerang berbanding pasukan Shanghai Shenhua yang dilihat gagal settle down dengan atmosphere SSI.


JDT Belasah Shanghai Shenhua


Sebagai bukti, JDT melakukan 15 percubaan kearah pintu gol Shanghai Shenhua dan berhasil mendapatkan 8 shot on target sepanjang perlawanan.


Sementara itu Shanghai Shenhua pula hanya melakukan  4 percubaan kearah pintu gol JDT namun tiada satu pun on target. Jelas menunjukkan JDT sangat dominan dalam perlawanan ini.


Untuk ball possesion pula, JDT menguasai perlawanan dengan 60% manakalah Shanghai shenhua dengan 40% sahaja. Pass accuracy JDT juga semakin baik dengan 88% manakalah SS hanya 80% sahaja.


Keputusan akhir JDT 3-O Shanghai shenhua hasil jaringan Arif Aiman pada minit ke 11 yang mana dia berjaya memperdaya penjaga gol lawan lalu membuat percubaan melalui sudut sukar dan menghasilkan gol.

Gol kedua muncul menerusi tandukan Jorge Obregon pada minit ke 26 dan Juan Muniz pula menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke 80. Kali ini menerusi sepakan percuma yang power dari kaki kiri Muniz menghadiahkan 3 mata kepada JDT.


Tahniah diucapkan kepada JDT atas kemenangan ini. Tak mustahil JDT boleh pergi jauh dalam ACLE kali ini. 

0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم