2 Tonggak Utama Selangor Tak Main Lawan Jeonbuk. Disaat semua peminat tertumpu untuk melihat pasukan gergasi Malaysia mengalahkan pasukan korea selatan. Ada berita kurang enak pula dilihat timbul dari kalangan pemain pasukan Selangor.
Dua pemain tidak dapat diturunkan dalam perlawanan hari ini aiaitu Noor Al Rawabeh dan juga Safuwan Baharuddin. Perkara itu di sahkan oleh jurulatih Selangor FC dalam sidang media semalam.
Pemain Sah Tak Bermain
Nidzam Jamil berkata :
"Pasukan perubatan mengesahkan Al-Rawabdeh mengalami ACL, semalam kami lakukan imbasan MRI dan daripada situ menunjukkan dia ada kecederaan di kakinya dan yang menyedihkan dia akan hilang dalam enam bulan.
"Safwan tidak akan ada (malam esok), saya boleh sahkan dan juga Ajmal. Kemudian ada beberapa pemain yang dalam peringkat akhir kenal pasti, sama ada mereka bersedia untuk esok atau tidak," kata Nidzam
Alvin Fortes Belum Tentu Main
"Fortes masih perlu dapatkan pelepasan daripada pasukan doktor sebab tiga ke empat hari kemudian, kita ada perlawanan dengan JDT (Johor Darul Ta'zim)...kita dah tentu nak dia main esok.
"Tapi sekali lagi keutamaan saya mengenai kesihatan pemain dan fokus dulu kepada pemulihan mereka. Saya tak boleh benarkan pemain yang cedera untuk bermain, tapi kalau doktor benarkan dia bermain, dah tentu kita turunkannya atau sebaliknya kita kena fikirkan solusi," katanya.
"Saya tak kata rombakan, saya rasa pemain yang kebiasaan dimainkan, mungkin tidak dapat dimainkan akibat kecederaan dan pemain yang diberi peluang ini perlu tingkatkan persembahan mereka.
"Kita gembira kerana ada skuad yang besar apabila kita ramai pemain muda yang tak sabar untuk nikmati 'moment' esok hari," katanya.
إرسال تعليق
Jom komen ! :)