Toh EE Wei Cedera di Lengan KIRI

Toh EE Wei Cedera di Lengan KIRI. Mengejutkan juga bila baca berita ini memandangkan sekarang ini pemain utama badminton negara sedang dalam tempoh pemulihan selepas menyertai beberapa kejohanan untuk beberapa minggu lalu.

Lebih merisaukan kecederaan yang di alami oleh Toh EE wEI bukan berpunca daripada perlawanan malah ia berpunca dari kesilapan penggunaan alat gimnasium di  gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM).



Toh EE Wei Cedera di Lengan KIRI


Ceritanya adalah EE wei tergelincir ketika memegang dumbel ketika kejadian yang menyebabkan kaca di sekelilingnya pecah. Malah dia juga terpaksa menerima 16 jahitan berikutan kecederaan tersebut.

EE Wei berkata: 


"Saya masih boleh menganggap diri bernasib baik kerana kaca itu tidak mengenai kepala saya atau tangan untuk bermain, jika tidak ia boleh jadi cerita yang lain.

"Bagaimanapun, saya masih mengalami koyak otot belakang tahap dua.


"Saya kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh salah seorang ahli fisioterapi di ABM selepas diberitahu kami perlu menunggu lebih lama untuk ambulans," kata Ee Wei 

Kita harap ee wei dapat kembali sembuh dan dapat bermain seperti biasa dalam kejohanan besar lagi selepas ini. Mereka dijangka akan terlepas terbuka artik yang akan berlangsung dua minggu lagi.

Semoga cepat sembuh!


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم