Perak Mudah Kalahkan Sri Pahang di Temerloh

Perak Mudah Kalahkan Sri Pahang di Temerloh. Pasukan Perak teruskan rentak cemerlang mereka di dalam liga super apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut mereka dan kini mendaki ke tangga keempat liga super 2024.

Sementara itu pasukan Sri Pahang terus dilanda nasib malang apabila terpaksa tunduk kepada pasukan pelawat dengan jaringan yang besar iaitu dengan 0-3.

Gol pertama terhasil pada minit ke 42 menerusi pemain Luciano Guaycochea yang menanduk masuk bola dari sepakan sudut. Dia yang tidak dikawal mana-mana pemain menjaringkan gol tersebut dengan mudah tanpa tekanan.


Perak Mudah Kalahkan Sri Pahang di Temerloh



Bersambung babak kedua, hanya perlukan dua minit sahaja, Guaycochea sekali lagi menjadi wira pasukan Perak apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke 48. 

Firdaus Saiyadi pula menutup malam gemilang perak FC dengan gol ketiga pada minit ke 61. Dia yang mendapat hantarn cantik dari kiri gawang sri pahang terus membawa bola ke hadapan penjaga gol lawan Azfar Arif lalu menendang leret bola masuk ke gawang gol.

Keputusan akhir, Sri Pahang 0-3 Perak.  Hasil dari kekalahan ini, Sri Pahang kini menghuni tangga ke8 liga dengan 11 mata, manakala pasukan Perak naik ke tangga keempat liga dengan 15 mata.

Tahniah diucapkan kepada pemain Perak dan pengurusan perak atas kejayaan mengalahkan pasukan sri pahang dalam perlawanan ini. 

Untuk Sri Pahang, AYuh Bangkit!

0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم