Kelantan Darul Naim Kalahkan Negeri Sembilan

Kelantan Darul Naim Kalahkan Negeri Sembilan. Dua gol awal membantu KDN fc meraih 3 mata berharga dari stadium Paroi semalam apabila mereka mengalahkan tuan rumah dengan jaringan 3-2. Ini juga merupakan kemenangan kedua mereka dalam liga super 2024.

Sementara itu, Negeri sembilan terus menerima nasib malang apabila mereka gagal mendapatkan kemenangan penting untuk menambah mata dalam liga. 

Gol pertama Kelantan Darul Naim FC muncul seawal minit ke 14 menerusi pemain muda Hakimi ABdullah. Dia yang menendang bola dari luar kotak penalti dan berjaya mengalahkan penjaga gol negeri sembilan.


Kelantan Darul Naim Kalahkan Negeri Sembilan



Tidak terhenti disitu, Kelantan DN datang lagi dan mendapatkan gol kedua mereka dan kali ini menerusi  Kim Lik Wan pada minit ke 36. Dia yang menanduk bola tandukan salah seorang pemain KDN dan menewaskan pertahanan negeri sembilan yang kalut di hadapan gol mereka.

Selepas itu, Negeri sembilan mendapat sepakan penalti. Namun sepakan penalti pertama tidak berhasil apabila pemain import baru mereka Pires gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Rezeki negeri sembilan apabila mereka mendapat penalti kedua pada minit ke 83 dan kali ini, Jacque tidak tunggu lama untuk menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan 2-1.

Pada minit ke 88, Stadium Paroi bergema dengan sorakan penonton tuan rumah apabila pemain import mereka Avanzini menjaringkan gol penyamaan selepas dia menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut menewaskan penjaga gol kdnfc.

Ketika kedua-dua pasukan sudah bersedia dengan 2-2. Oday pemain import KDN mencipta kejutan apabila sepakan percumanya masuk menewaskan penjaga gol negeri sembilan dan menghasilkan kemenangan bermakna buat KDN fc.


Keputusan akhir Negeri sembilan 2-3 KDN fc. Hasil dari keputusan ini juga menyaksikan Kelantan darul naim fc mendaki satu anak tangga dan kinit mendapat 6 mata dan Negeri sembilan jatuh ke tangga tercorot liga dengan 5 mata sahaja.

0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم