Goh Soon Huat dan Lai Shevon Impi Juara China Open 2024

Goh Soon Huat dan Lai Shevon Impi Juara China Open 2024. Sudah pasti sokongan padu rakyat Malaysia bagi pasangan beregu campuran negara ini bagi aksi final yang berlangsung pada petang ini waktu malaysia. Kita berharap soon huat dan shevon dapat berikan yang terbaik dalam perlawanan ini seterusnya merangkul kejuaraan bermakna ini.

Shevon meluahkan rasa ingin merangkul kejuaraan china open 2024 ini memandangkan ini final pertama mereka sejak 6/7 tahun. Memang lama menanti saat ini.

"Final ini sangat bermakna kerana kami sudah berusaha untuk mendapatkan selama enam atau tujuh tahun dan ini adalah Super 1000 pertama buat kami. Saya memberitahunya (Soon Huat) banyak kali sebelum ini bahawa impian saya adalah untuk sampai ke final satu hari nanti (Super 1000) dan sudah tentu saya berharap dapat dapat muncul juara dalam kejohanan ini.


Goh Soon Huat dan Lai Shevon Impi Juara China Open 2024



"Yang paling penting, ketika kami ketinggalan, saya rasa walaupun ada sedikit salah komunikasi, kami berdua berjaya untuk bersabar dan memahami satu sama lain. Satu perkara yang saya temui ialah kesefahaman dan saling menyokong di dalam gelanggang," katanya 

Selain itu, Shevon juga mendedahkan yang permainan mereka semalam banyak berhasil dan akhirnya memberi kemenangan kepada mereka.

"Sebenarnya selepas perlawanan semalam, kami adakan perbincangan dan saya beritahu saya boleh berikan persembahan terbaik, lebih 90 peratus dan akan menyesuaikan diri dalam keadaan perlawanan itu (separuh akhir). Hari ini kami dapat rasakan bahawa ia lebih baik daripada semalam dan permainan kami sangat stabil," kata Shevon.


Kita doakan Goh Soon Huat dan Shevon dapat mengalahkan pasangan tuan rumah hari ini dan seterusnya menjulang piala idaman mereka ini.

Semoga berjaya goh soon huat dan shevon!!


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم