Perlawanan Perak vs JDT Ditunda

Perlawanan Perak vs JDT Ditunda. Selepas beberapa kali ditangguhkan dalam aksi sebenar yang berlangsung di stadium Ipoh itu, Pengadil membuat keputusan untuk menunda perlawanan ke hari yang lain.

Ia berikutan cuaca buruk yang melanda kawasan Ipoh malam semalam.


Perlawanan Perak vs JDT Ditunda


Kronologi.


9 malam : kesemua pemain masuk kedalam padang dan bermain seperti biasa. Namun rentak permainan di lihat kurang memuaskan dan bola tidak boleh pergi jauh.

9.03 malam : Komisioner Perlawanan Teoh Hee Loon menangguhkan perlawanan sehingga jam 9.50 malam.

9.50 malam : Perlawanan tidak boleh diteruskan kerana cuaca buruk. 

9.54 malam : MFL umum perlawanan ditangguhkan kerana faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.


2000 penonton yang menghadiri perlawanan tersebut terpaksa pulang selepas pengumuman tersebut dan pada masa yang sama mereka masih setia menanti perlawanan di mulakan.

Tarikh perlawanan ulangan akan diumumkan tidak lama lagi.


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم