Kekalkan Beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik

Kekalkan Beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Itulah hasrat kedua-dua pemain negara untuk bergandingan lebih lama seperti idola mereka Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.

Gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya memberi pingat gangsa kepada negara dalam olimpik paris baru-baru iini dan ia menyebabkan ramai rakyat Malaysia mahu mengekalkan gandingan ini.

Soh Wooi Yik berkata :


Kekalkan Beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik



"Sudah tentu saya dan Aaron sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan kami mahu meneruskan gandingan ini selama yang mungkin.


"Kami sedar yang kami mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh tetapi kami masih belum mencapai kemuncak kejayaan.



"Kami mahu memenangi segala kejohanan utama sepertimana Ahsan-Hendra dan mahu menjadi seperti mereka. Kami sudah meraih pingat di kejohanan utama tetapi tidak kesemuanya emas dan itu yang kami mahu capai," kata

Aaron Chia pula berkata : 


"Apa yang penting adalah komunikasi bagi mengelak salah faham. Dua tahun lalu, kami berdepan banyak salah faham tetapi sekarang, ia semakin baik," katanya.

Jelas, gandingan dan kesefahaman kedua-dua pemain ini masih kuat dan utuh. Tak mustahil mereka dapat memberi pingat di olimpik Los Angeles pula nanti.

Ayuh jangan tukar pasangan ini, kekalkan aaron chia dan soh wooi yik.


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم