CEDERA! Beregu Campuran Gagal ke Semi Final Olimpik Paris 2024

Beregu Campuran Gagal ke Semi Final Olimpik Paris 2024. Sebentar tadi berlangsung perlawanan kalah mati melibatkan beregu campuran negara menentang campuran korea selatan.

Chen Tang Jie dan Toh EE Wei terpaksa akur dengan kekuatan pemain-pemain korea selatan iaitu Kim Won Ho dan Jeong Na Eun dalam perlawanan ini.

Mereka kalah dengan straight set 19-21,14-21

 

CEDERA! Beregu Campuran Gagal ke Semi Final Olimpik Paris 2024



Perlawanan kelihatan sengit di set pertama apabila kedua-dua negara sering bertukar mata dan hantaran demi hantaran.

Namun kejadian yang tidak diingini berlaku di set pertama apabila Toh EE Wei mengalami kecederaan apabial dia tersalah landing selepas membalas hantaran sukar pemain korea selatan.

Hasilnya kita kalah 19-21.

Bersambung babak kedua, semua yang dirancang tidak menjadi sehinggakan mereka ketinggalan dengan mata 1-10 kepada pemain korea itu.

Hasilnya, kita kalah 21-14 di akhir perlawanan.

Bagi yang tidak tahu, Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan pertama buat kedua-dua pasangan ini namun kualiti mereka sudah hebat sehinggakan mereka layak ke suku akhir olimpik paris 2024.

Tahniah Chen Tang Jie dan Toh EE Wei atas pencapaian anda di Olimpik Paris 2024 ini! Kami rakyat Malaysia bangga dengan anda!


0 تعليقات

Jom komen ! :)

إرسال تعليق

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

أحدث أقدم