TMJ Usik Newin Chidchob, Tidak Komen Soal Ritual Sebelum Perlawanan JDT vs Buriram United

obay
By -
0

TMJ Usik Newin Chidchob, Tidak Komen Soal Ritual Sebelum Perlawanan JDT vs Buriram United. Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail, mengusik pemilik Buriram United, Newin Chidchob, berkaitan dakwaan peminat yang melihatnya melakukan 'ritual' atau 'membaca jampi' beberapa jam sebelum perlawanan timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) antara kedua-dua pasukan semalam.


TMJ Usik Newin Chidchob, Tidak Komen Soal Ritual Sebelum Perlawanan JDT vs Buriram United



Tunku Mahkota Ismail Tidak Komen Soal Ritual

Tunku Mahkota Ismail berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan menyerahkan segala-galanya kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). "Saya pun tak tahu undang-undang AFC. Setahu saya setiap negara ada undang-undang masing-masing, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, tapi diperingkat AFC saya tak tahu. Tapi kalau saya tak bolehlah, tapi apa yang dia nak buat, ikut suka hati dia lah," katanya.

Namun, Tunku Mahkota Ismail tetap memberikan pandangan bahawa jika tindakan Newin itu benar-benar berkesan, dia mungkin sudah menjadi juara Asia lima kali. "Yang penting yang menentukan macam mana pun segala perancangan Allah SWT. Saya tak tumpukan pada perkara itu, tapi bagi saya itu tak patutlah," tambahnya lagi.

Ritual Newin Chidchob Menjadi Tular

Perkara ini menjadi tular apabila satu video rakaman peminat menunjukkan Newin Chidchob berjalan mengelilingi padang di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau dilihat bergerak dari setiap sudut padang, termasuk kedua-dua pintu gawang, sambil membaca sesuatu yang mencetuskan persoalan ramai.

Ramai peminat meninggalkan komen di media sosial, mendakwa bahawa ritual tersebut mungkin berjaya membantu Buriram United mencatatkan kejutan dengan menewaskan JDT 1-0 dalam perlawanan kedua. Dengan kemenangan itu, Buriram United berjaya mara ke suku akhir ACLE, menyingkirkan JDT dari kejohanan.

Tunku Ismail Memuji Kesungguhan Buriram United

Walaupun kecewa dengan kekalahan pasukannya, Tunku Mahkota Ismail mengakui dan memuji kesungguhan Newin Chidchob dalam memajukan Buriram United. "Saya ucapkan selamat maju jaya di atas kemaraan mereka ke pusingan berikutnya. Saya memuji kesungguhan dia bersama kelabnya," katanya.

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan (0)