Header Ads

Malaysia sekadar Seri Dengan Kemboja

 Malaysia sekadar Seri Dengan Kemboja. Bukan satu keputusan yang dimahukan oleh peminat bola sepak Malaysia apabila melihat keputusan seri menentang pasukan bawahan ranking FIFA. Dalam perlawanan sebentar tadi, skuad Malaysia sekadar seri 2-2 dengan pasukan Cambodia untuk aksi pertama AFF 2024.


Malaysia sekadar Seri Dengan Kemboja



Dalam perlawanan ini, skuad negara membuka tirai jaringan menerusi stuart wilkin pada minit ke 35. Namun begitu, kemboja dapat menyamakan kedudukan pada minit ke 52 dan kemudian mendahului pada minit ke 60 menerusi Sa Ty. Kemudian Fergus Tierney  kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 74.


Berdasarkan perlawanan ini, Kemboja melakukan 13 percubaan kearah pintu gol Malaysia. Manakala Harimau Malaya hanya 12 percubaan dan 5 on target. Menakala kemboja dengan dua on target.


Ball possesion di kuasai oleh Malaysia dengan 54 % manakala 46% lagi milik kemboja. Pass accuracy pula kedua-dua pasukan mempunyai pass accuracy yang sama iaitu 75% untuk 90 minit perlawanan.


Selepas Thailand membelasah timor leste sebentar tadi, Kedudukan Malaysia berada di kedudukan ketiga kumpulan A setakat satu perlawanan.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.