Peluang Lebih Terbuka Untuk Juarai Final BWF World Tour
Peluang Lebih Terbuka Untuk Juarai Final BWF World Tour. Melihat kepada pemain yang layak ke pusingan akhir jelajah dunia BWF, Aaron Chia menyifatkan ia merupakan persaingan yang terbuka dan siapa sahaja boleh menang. Kejohanan tersebut dijangka akan bermula mulai 11 Disember sehingga 15 Disember ini menjadi tumpuan peminat badminton dunia.
Aaron berkata :
"Kali ini peluang lebih terbuka tapi saya melihat yang lain pun kuat juga sebab ada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia), He Ji Ting-Ren Xiang Yu (China), Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark).
"Walaupun tiada tiga beregu terbaik dunia kali ini tapi yang lain juga masih kuat dan Jelajah Dunia Akhir kali ini sudah pasti kita ingin buat yang terbaik. Sekarang kita belum tahu kumpulan mana dan berharap dapat elak kumpulan maut,"katanya
"Di kejohanan terakhir (Masters China), kami tidak meletak harapan tinggi dan hanya tampilkan permainan terbaik tetapi kami dapat juga layak dan itu satu rezeki untuk kami," katanya.
Sebenarnya, kejohanan kali ini menyaksikan tiada nama-nama besar bersaing antaranya adalah pemain beregu no 1 dunia dari china yang tidak menyertai kejohanan walaupun bermain di home mereka.
Jadi kita harap Aaron chia dan soh wooi yik dapat memenangi perlawanan kali ini seterusnya menjuarai world tour buat kali kedua dalam karier mereka.
Post a Comment