JDT Mudah Belasah Negeri Sembilan
JDT Mudah Belasah Negeri Sembilan. Tatkala ada kejutan yang mahu dicipta di laman sendiri, namun pasukan tuan rumah dilihat tidak bermaya menahan asakan pasukan JDT dalam perlawanan liga super ke15 semalam. Jdt mudah kalahkan NSFC dengan jaringan 4-0.
4 Gol JDT Musnahkan Impian Negeri Sembilan.
Gol pertama terhasil menerusi sepakan percuma cantik dari luar kotak penalti yang diambil oleh Heberty pada mini ke 15. Selang beberapa minit, Heberty sekali lagi mengegarkan gawang negeri sembilan dengan gol kedua kali ini menerusi sepakan luar kotak penalti di posisi yang hampir sama ketika dia melakukan sepakan percuma untuk gol pertama.
Gol itu menjadikan jdt mendahului 0-2 keatas tuan rumah sebelum separuh masa pertama tamat. Bersambung separuh masa kedua, Arif Aiman menjaringkan 1 gol pada minit ke 50 selepas percubaan pertamanya terhalang oleh penjaga gol lawan namun percubaan keduanya dapat disempurnakan dihadapan gawang gol negeri sembilan.
Ketika perlawanan menuju wisel penamat, pemain pertahanan negeri sembilan Harith Samsuri dilayangkan kad merah kerana menghalang bola dari masuk ke gawang gol negeri sembilan dengan menggunakan tangan sekali gus menghadiahkan penalti kepada pasukan JDT.
Seperti biasa, Obregon berjaya menjaringkan penalti tersebut pada minit ke 95. Keputusan akhir Negeri sembilan 0 - 4 JDT.
Kedudukan dalam liga
Berdasarkan kemenangan ini, JDT terus mendahului liga dengan 37 mata untuk 13 perlawanan. Manakala negeri sembilan terus berada di tangga terakhir liga dengan hanya 6 mata dalam 13 perlawanan liga super setakat ini.
Mampukah negeri sembilan bangkit dan keluar dari zon penyingkiran liga tidak lama lagi? sama-sama kita nantikan.
Post a Comment