Selangor FC Cipta Sejarah, Raih 3 Mata di ACL TWO!

Selangor FC Cipta Sejarah, Raih 3 Mata di ACL TWO! Ia satu perkara yang membanggakan kita semua hari ini melihat pasukan selangor fc turut bersaing dan memberi saingan kepada gergasi asia yang lain dalam perlawanan ACL Two semalam.

Selangor mengalahkan Cebu FC daripada Filipina dengan jaringan 1-0. Gol Selangor terhasil daripada gerakan cantik dari sebelah kiri padang selepas pemain lawan hilang bola lalu ronnie membawa bola menghampir gol lawan.


Selangor FC Cipta Sejarah, Raih 3 Mata di ACL TWO!


Kemudian dia membuat hantaran ketengah kotak penalti lalu disambut oleh Yohandry Orozco untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan ini pada minit ke 10. Walaupun menjaringkan gol awal, selangor gagal menjaringkan gol tambahan sepanjang perlawanan semalam.

Untuk statistik perlawanan selangor vs cebu fc ini, Selangor FC melakukan 26 percubaan ke arah pintu gol Cebu FC dan 8 daripadanya adlaah on target. Manakala cebu fc pula bagai terpegun dengan suasana di MBPJ apabila mereka hanya melakukan 3 percubaan dan tiada yang on target.


Main Bola ke apa ni.


Selangor jelas mendominasi perlawanan dengan 80% possesion manakala 20 % lagi possession untuk Cbu fc.


Pass accuracy selangor fc juga ada banyak peningkatan. Mereka memperoleh 88% pass accuracy. manakala cebu fc bermain buruk dengan 56% sahaja pass accuracy.


Hasil daripada kemenangan ini, Selangor mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua dengan 4 mata dibawah Jeonbuk FC yang sudah mencatatkan 6 mata setakat dua perlawanan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama