Header Ads

Ramai Nama Besar Idam Latih Harimau Malaya

Ramai Nama Besar Idam Latih Harimau Malaya. Sejak jawatan dikosongkan oleh jurulatih sebelum ini, Ramai jurulatih luar sudah mula menghantar CV untuk menggantikan posisi tersebut. Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Datuk Mohd Yusoff berkata 

"Calon (jurulatih) banyak kerana memang banyak orang yang minat untuk jadi jurulatih Malaysia selepas mereka tengok Malaysia sudah mampu untuk bersaing di peringkat tinggi.


Ramai Nama Besar Idam Latih Harimau Malaya


"Tetapi pada akhirnya, kita akan pilih yang sesuai dengan kita, contohnya yang memahami budaya kita seperti yang kita dapat sebelum ini. Kalau kita ambil nama besar tetapi tidak faham apa yang kita perlukan, itu akan timbulkan masalah nanti.


"Kita kena lihat kalau jurulatih itu cukup kuat untuk membawa pasukan dan perkara ini kita akan kaji nanti. Untuk Pau Marti (Vicente), kita beri pendekatan untuk dia supaya buat yang terbaik untuk skuad kebangsaan dan selepas itu, kita akan putuskan selepas Piala AFF.


"Mungkin Pau Marti dapat berikan hasil yang terbaik buat skuad negara, jadi mana tahu dia mungkin boleh jadi satu calon yang boleh kita pertimbangkan untuk meneruskan khidmat dalam skuad kebangsaan," katanya.


FAM dikatakan akan melantik seorang jurulatih pada disember nanti sebagai persediaan menghadapi kelayakan piala asia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Antara nama-nama besar yang di sebut sebagai calon jurulatih harimau malaya adalah Park Hang Seo dari korea selatan.

Dikatakan FAM tidak ada  masalah untuk bayar gaji mahal untuk mendapatkan jurulatih berprofile tinggi itu tidak lama lagi. Kita harap FAM buat keputusan terbaik dalam memilih jurulatih yang sesuai dengan harimau malaya.



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.