Header Ads

Punca Utama Perlawanan Perak vs JDT ditunda lagi

Punca Utama Perlawanan Perak vs JDT ditunda lagi. Bukanlah perkara mudah dan seronok bagi penyokong tuan rumah apabila dua aksi di tempat sendiri ditunda untuk perlawanan yang sama. Berita kesedihan itu diumumkan oleh MFL selepas perlawanan perak vs jdt yang dijadualkan semalam terpaksa ditunda sekali lagi dan ini buat kali kedua ke tarikh yang lain.

Faktor utama yang diperkatakan adalah kerana cuaca hujan dan permukaan padang yang lecak tidak boleh dimainkan oleh pemain menyebabkan perlawanan tidak diteruskan.


Punca Utama Perlawanan Perak vs JDT ditunda lagi



Kronologi insiden semalam, perlawanan yang sepatutnya bermula jam 8.15 pm tidak berlaku dan ditangguhkan kepada jam 8.45 malam. Pada jam 9.15 pm Komisioner Perlawanan Teoh Hee Loon menunda perlawanan memandangkan hujan masih belum berhenti.

Penundaan ini jelas mengecewakan penyokong yang sudah hadir ke stadium Ipoh bagi menyaksikan perlawanan panas yang berlangsung semalam. Rata-rata penyokong mengharapkan perlawanan diteruskan seperti perlawanan-perlawanan melibatkan pasukan-pasukan lain di liga super.

Yang mana mereka tetap bermain walaupun padang lecak dan dipenuhi air. Kita harap penundaan lebih daripada sekali macam ni tak berlaku lagi kerana ia jelas menggangu jadual liga dan juga menggangu emosi penonton yang hadir di stadium dalam keadaan hujan dan sudah basah.

Sekian.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.