Pearly Tan Thinaah Melangkah ke Quater Final Denmark Open 2024

 Pearly Tan Thinaah Melangkah ke Quater Final Denmark Open 2024. Tahniah diucapkan kepada pemain beregu wanita negara selepas mereka mengesahkan tempat ke suku akhir denmark open 2024. Mereka berjaya mengalahkan pemain daripada korea selatan LEE YU LIm dn SHIN SEUNG CHAN dalam pusingan 16 terbaik semalam.

Dalam perlawanan yang berlangsung itu, Pearly tan dan thinaah menang dengan keputusan 20-22,21-18 dan 21-16. ini menyaksikan beregu wanita negara berjaya mengekalkan rekod kemenangan mereka di Denmark Open 2024 kali ini.


Pearly Tan Thinaah Melangkah ke Quater Final Denmark Open 2024


Diset pertama, Pearly tan dan thinaah banyak melakukan kesalahan-kesalahan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan merapatkan jurang mata antara mereka. Hasilnya mereka kalah tipis dengan keputusan 20-22.

Bersambung di set kedua, kedua-dua pemain negara kita ini nampak lebih stabil dan lebih fokus. Banyak melakukan serangan yang kuat dan tidak mampu untuk dihalang oleh pemain korea selatan itu. Malah, mereka juga berjaya menjarakkan mata mereka dengan pemain lawan.

Hasilnya, Kita menang di set kedua dengan keputusan 21-18. Jelas dengan kemenangan di set kedua ini membantu menambah rentak permainan bagi pearly tan dan thinaah di set seterusnya.

Bersambung di set ketiga, Pasangan beregu wanita negara ini tidak mempunyai masalah untuk menamatkan perlawanan dengan jurang mata yang lebih besar. Mereka sudah tahu dan sudah baca taktikal lawan mereka. Jadi tiada masalah untuk melakukan serangan demi serangan yang menghasilkan kemenangan 21-16.

Tahniah diucapkan kepada pearly tan dan thinaah atas kejaayaan ini! Kita jumpa di Quater Final hari ni!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama