Pang Ron, Su Yin dan Lee Zii Jia Cemerlang melangkah ke suku akhir Arctic Open 2024

 Pang Ron, Su Yin dan Lee Zii Jia Cemerlang melangkah ke suku akhir Arctic Open 2024. Bukan perlawanan yang mudah untuk skuad negara di Arctic open 2024 ini memandangkan prestasi tidak menentu mereka dalam kejohanan sebelum ini menyukarkan mereka untuk kekal dengan prestasi terbaik mereka dalam setiap kejohanan.

Namun begitu, satu perkara yang perlu banggakan apabila melihat Hoo Pang Ron dan Su Yin melangkah ke suku akhir arctic open 2024 meneewaskan pemain pilihan ke 6 kejohanan sebentar tadi. Kemenangan ini menyaksikan satu wakil beregu campuran negara yang masih muda meneruskan rentak mereka di terbuka artik ini.


Pang Ron, Su Yin dan Lee Zii Jia Cemerlang melangkah ke suku akhir Arctic Open 2024



Mereka menewaskan pemain chinese taipei dengan keputusan 21-19 dan 21-12 dalam masa 36 minit sahaja. 

Sementara itu, Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan pemain dari Jepun, Yushi Tanaka dengan keputusan 21-11 dan 21-18. Di set pertama lee zii jia dilihat tidak mempunyai banyak masalah untuk menang.

Pemain dari jepun itu juga tidak banyak menyerang bahkan lee zii jia lebih dominan dan mencatatkan kemenangan 21-11. Bersambung di set kedua, lee zii jia hampir dikejutkan dengan tanaka hampir mengalahkan pemain negara ini.

Namun kepandaian dan kematangan lee zii jia memboleh kan dia kembali mendominasi perlawanan seterusnya mengalahkan lawannya dengan keputusan 21-18.

Tahniah diucapkan kepada Hoo PANG RON Dan Cheng su yin serta Lee zii jia atas kemenangan ini, baki beberapa pemain negara akn turun sekejap lagi dalam aksi artik open 2024.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama