Nur Izzuddin hadiahkan trofi Arctic Open 2024 kepada Isteri

Nur Izzuddin hadiahkan trofi Arctic Open 2024 kepada Isterinya. Selepas menjulang trofi terbuka artik pada hari ahad yang lalu, Nur Izzuddin menghadiahkan trofi berkenaan kepada isterinya sempena hari lahir isterinya Mawar Mutiara. Jelas kejayaan memenangi pertandingan itu sangat bermakna buat Nur Izzuddin.

Lebih manis lagi kejayaan itu juga diraikan oleh insan-insan tersayang.


Nur Izzuddin hadiahkan trofi Arctic Open 2024 kepada Isteri



Izzudiddin berkata :  


"Apapun, kejuaraan ini memang khas buat untuk isteri saya sempena ulang tahun ke-27," katanya kepada SPOTV Malaysia selepas perlawanan semalam.

Dia juga menambah: 


"Bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir dan pada aksi final sememangnya perlawanan yang mencabar buat kami. Kami hanya mempersiapkan fizikal dan mental kami.


"Pada perlawanan ini kami hanya fokus mental dan fizikal dan minggu ini sangat letih, fokus pada satu persatu perlawanan juga," kata Izzuddin yang menimang cahaya mata pertama bulan lalu.

Tahniah diucapkan kepada Nur Izzuddin atas kejayaan merangkul kejuaraan Arctic open 2024 baru-baru ini dan kini tumpuan bermula terarah kepada mereka sekali lagi untuk kejohanan Denmark Open 2024.

Semoga mereka dapat membawa pulang trofi Denmark Open 2024 pula. Good Luck!!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama