Header Ads

Lee Zii Jia Dedah Bukan Mudah Bergerak Sebagai Atlet Profesional

Lee Zii Jia Dedah Bukan Mudah Bergerak Sebagai Atlet Profesional. Disebalik keseronokan bergerak solo tanpa di ganggu mana-mana pihak, rupanya ada kisah sedih yang tidak enak didengar apabila seseorang pemain badminton bergerak secara professional.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang juga sudah bergerak solo untuk beberapa tahun berkata bukan mudah sebagai pemain badminton bergerak solo memandangkan semua perkara dia bergerak secara sendirian.


Lee Zii Jia Dedah Bukan Mudah Bergerak Sebagai Atlet Profesional



Zii Jia berkata :  

"Saya perlu berjuang sendiri (di atas gelanggang) untuk meraih wang kemenangan dan dari situ orang akan mula tengok kita.


"Sejujurnya inilah realitinya...bila ada keputusan bagus, sudah pasti penaja juga akan hadir kepada anda," katanya 


"Ia adalah permulaan yang bagus untuk pasaran pemain profesional. Sekurangnya-kurangnya ramai mula tahu yang pemain profesional juga bermain untuk Malaysia.


"Kami menggunakan wang simpanan sendiri untuk beraksi di setiap kejohanan dan harap akan ada lebih banyak penaja dapat tampil ke depan. Bukan untuk (taja) saya saja, tetapi juga pemain profesional lain," katanya.


Sebagai peminat, mungkin kita nampak mereka yang bergerak solo lebih utamakan duit berbanding prestasi tetapi sebenarnya mereka juga bergelut dalam prestasi mereka. Ditambah pula tiada sesiapa yang membantu melainkan perlu mencari solusi sendiri terhadap masalah yang mereka lalui.


Lee zii jia akan menyertai terbuka arctic yang akan bermula pada 8 oktober 2024 ini pada hari selasa bersama barisan-barisan pemain negara yang lain.


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.