Lee Zii Jia Cemerlang, Jun HAO pula balik Awal

 Lee Zii Jia Cemerlang, Jun HAO pula balik Awal. Dua keputusan yang luar biasa berlangsung hari ini untuk perlawanan awal Arctic Open 2024. Perlawanan pertama melibatkan pemain no 1 negara Zii Jia yang menentang pemain daripada Perancis, Christo Popov.

Dalam perlawanan ini, Lee Zii Jia mudah mengalahkan pemain lawan dengan keputusan 21-15 dan 21-11 dalam masa hanya 43 minit sahaja. Permainan lee zii jia dilihat semakin baik berbanding kali terakhir dia bermain dalam kejohanan terakhirnya.


Lee Zii Jia Cemerlang, Jun HAO pula balik Awal



Lee zii jia cemerlang membaca perlawanan di set pertama yang memberi hasil yang sangat baik iaitu 21-15. Bersambung di set kedua, Lee Zii jia lebih garang dan tidak memberi peluang kepada lawannya itu mencipta kejayan.

Malah dia segera menamatkan perlawanan dengan lebih awal apabila dia berjaya menjarakkan mata dengan banyak sehinggakan menyukarkan Christo untuk bangkit. Di set kedua, Zii jia menang dengan keputusan yang sama 21-15.

Berlainan pula dengan seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao apabila dia terpaksa balik awal dari kejohanan terbuka Arctic ini selepas kalah straight set kepada pemain hong kong, Lee Cheuk Yiu. 

Permainan jun hao jelas nampak ada masalah apabila dia tidak dapat mengatasi permainan cheuk yiu dan kalah dengan keputusan 19-21 dan 8-21. Apa sudah jadi dengan jun hao selepas prestasi baiknya dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.

Kita harap Jun Hao segera bangkit dan buktikan yang dia juga mampu mencabar kejuaraan badminton dunia. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama