JDT Ada Peluang Kalahkan Gwangju FC

JDT Ada Peluang Kalahkan Gwangju FC. Menjelang perlawanan diantara JDT menentang Gwangju FC petang ini, ramai beranggapan misi sukar Jdt untuk mengalahkan pasukan yang belum kalah dalam kumpulan ACLE kali ini.

Namun, bagi aku, ada peluang yang sangat luas untuk JDT memenangi perlawanan hari ini walaupun bermain di tempat lawan. Jurulatih JDT juga mengatakan pasukan JDT ada potensi untuk menunjukkan aksi terbaik mereka di dalam perlawanan ini.


JDT Ada Peluang Kalahkan Gwangju FC



Jurulatih JDT Dedah Peluang Pasukannya Kalahkan Gwangju FC

Hector Bidoglio berkata kepada media :  

"Tidak dinafikan pembabitan kami dalam kancah ACLE tampak konsisten dan kami tahu akan berdepan kesukaran apabila berdepan Gwangju FC namun kami juga ada potensi untuk memperagakan aksi terbaik.


"Kami tahu intensiti permainan Gwangju FC jelas mengamalkan corak permainan pantas namun apa yang kami fokuskan adalah persiapan pasukan JDT kerana itu lebih penting malah kami juga gemar bermain dengan taktikal mengawal bola.


"Mengenai status Jese (Rodriguez) dia berada dalam kondisi yang baik dan akan ada peluang diturunkan dalam kesebelasan utama namun saya ada masa lagi untuk putuskan siapa yang akan diturunkan," katanya.

Perebuhan Venue tidak menggangu persediaan JDT


Bidoglio berkata lagi mengenai perubahan venue yang dibuat oleh AFC.


"Kami tidak kisah bermain di mana-mana stadium kerana apa yang kami utamakan memberi fokus kepada persiapan pasukan dan itu lebih penting berbanding memikirkan venue mana yang perlu kami beraksi.


Penutup


Perlawanan ini sangat penting untuk JDT memandangkan mereka masih belum dapat mencapai kemenangan setakat 3 perlawanan dalam ACLE kali ini. Kita doakan agar JDT dapat memberikan yang terbaik seterusnya membawa pulang 3 mata penting dari penghulu kumpulan ini.


Semoga berjaya JDT! 

0 Ulasan

Jom komen ! :)

Catat Ulasan

Jom komen ! :)

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama