Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin Idamkan Melangkah Jauh di Arctic Open 2024

Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin Idamkan Melangkah Jauh di Arctic Open 2024. Bintang bergu campuran negara yang semakin meningkat naik ini memberi gambaran persiapan mereka untuk kejohanan besar ini. 

Kedua-dua mereka baru sahaja melangkah ke pusingan 16 terbaik selepas menyingkirkan wakil tuan rumah semalan Pang Ron berkata :  

"Sejak tiga kejohanan lalu kombinasi kami semakin baik. Ada banyak peningkatan dan ia memberi motivasi yang besar kepada kami. Corak permainan Su Yin juga semakin meningkat dan kami banyak berkomunikasi antara satu sama lain. Itu yang penting.


Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin Idamkan Melangkah Jauh di Arctic Open 2024



"Sebabnya bila di dalam gelanggang, tiada senior atau junior, kita perlu saling berhubung berbincang dengan satu sama lain. Tak boleh ada satu pihak saja yang berkomunikasi," katanya.

Mereka bakal bertemu dengan beregu campuran Thailand selepas ini bagi menentukan sama ada mereka boleh melangkah ke pusingan seterusnya atau tidak.

Semoga prestasi mereka semakin baik dan tidak mengalami kecederaan jangka masa yang panjang di masa hadapan. Sebab apa , kecederaan banyak kali meragut prestasi pemain negara. Jadi kita harap mereka berhati-hati demi menggapai impian mereka.

Good Luck Hoo Pang Ron dan Cheng su yin!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama