GOh Sze Fei Nur Izzuddin Cemerlang melangkah ke Final Arctic Open 2024

 GOh Sze Fei Nur Izzuddin Cemerlang melangkah ke Final Arctic Open 2024. Pemain beregu lelaki negara ini masih berada di dalam prestasi terbaik mereka di dalam kejohanan-kejohanan yang mereka sertai. Kini mereka memburu slot ke BWF Final Tour yang akan berlangsung pada Disember nanti.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Goh Sze FEI Dan Nur Izzuddin memenangi perlawanan semi final artik open 2024 dengan keputusan 19-21, 21-17 dan 21-18. Perlawanan sengit yang berlangsung sebentar tadi memang sangat berbaloi ditonton oleh peminat badminton Malaysia.


GOh Sze Fei Nur Izzuddin Cemerlang melangkah ke Final Arctic Open 2024



Bermain di set pertama, permainan Fei Din tidaklah seperti yang diharapkan. Pada mulanya mereka terikut rentak lawan sehinggakan pemain China dapat menjarakkan mata mereka. Namun dipenghujung set pertama kelihatan pemain negara sudah mula mendapat rentak dan cuba mengejar namun gagal. Mereka kalah dengan keputusan 19-21.

Bermain di set kedua, bagaikan memasuki medan perang. Tidak ada yang mahu kalah bahkan mereka saling bertukar-tukar serangan dan bertahan dalam keadaan yang sangat mengujakan. Ada masa Fei Din mendahului dan ada masa pemain china pula yang mendahului.

Disebabkan banyak reli yang tidak putus-putus menyebabkan permainan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang. Hasilnya, Goh sze fei dan nur izzuddin berjaya menang dengan keputusan 21-17.

Bermain di set ketiga pula, intensiti permainan masih tinggi. Kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik dan kita dapat lihat mereka tidak beri peluang lawan mereka untuk mendapatkan mata. Perbezaan mata juga tidak terlalu jauh menjadikan permainan di set ini sangat menarik.

Selepas bertarung dengan hebat, goh sze fei dan nur izzuddin berjaya memenangi perlawanan seterusnya layak ke final dengan keputusan 21-18. 

Tahniah diucapkan kepada fei dan din atas kemenangan ini, Pasti esok bakal menjadi penentu sama ada mereka bakal menjadi juara atau pun tidak! Semoga berjaya! 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama