Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open. Rata-rata peminat badminton malaysia mengakui dan mengatakan yang kemungkinan beregu no 2 negara ini kepenatan ketika kalah kepada pemain Thailand semalam.

Mungkin faktor utama adlaah mereka sudah bermain bermati-matian di arcctic open 2024 sepanjang minggu lalu dan kini mereka sudah keletihan. Itu antara pandangan netizen yang mempertahankan tindakan goh sze fei dan nur izzuddin untuk balik awal dari denmark open.



Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open


Namun begitu, Tuan punya badan menafikan perkara tersebut sebaliknya mengatakan faktor kekalahan mereka dalah kerana fizikal dan mental mereka agak kurang berbanding pasukan lawan.

Sze Fei berkata :  


"Kepenatan bukan alasan kekalahan hari ini. Sebenarnya itu bermaksud kami perlu memperbaiki terutama dari segi fizikal dan mental," katanya.


"Lawan kami bermain lebih baik hari ini," kata Sze Fei lagi.

Dalam perlawanan semalam, Goh Sze fei dan nur izzuddin kalah kepada pemain thailand dengan keputusan 13-21 dan 13-21. Ia mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat tanah air memandangkan mereka baru sahaja menjuarai Arctic open 2024 minggu lepas.

Kita harap Fei Din tidak rehat lama memandangkan mereka berada di prestasi terbaik mereka dan peminat risau mereka tidak mampu untuk kekalkan rentak mereka jika tiada perlawanan kompetitif dalam masa terdekat.

Buat masa ini, rehat dan recovery elok elok ya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama