Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Balik Awal Dari Denmark Open 2024!

 Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Balik Awal Dari Denmark Open 2024! Agak mengejutkan apabila juara arctic open 2024 tersingkir awal dari kejohanan sebentar tadi. Mereka kalah kepada pemain Thailand dalam masa 30 minit sahaja.

Dalam perlawanan pusingan 32 sebentar tadi, Goh Sze FEI dan Nur Izzuddin menentang pemain KITTINUPONG KEDREN/ DECHAPOL PUAVARANUKROH. Mereka kalah dengan keputusan 13-21 dan 13-21.

Diset pertama permainan Fei Din hilang seketika apabila semua serangan mereka mudah dibalas balik oleh pemain Thailand itu. Malah pertahanan mereka juga longgar dan tidak seperti sewaktu beraksi di pentas Arctic Open 2024 minggu lalu.


Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Balik Awal Dari Denmark Open 2024!



Hasilnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan 13-21.

Bersambung set kedua, kita ingat Fei dan Din akan bangkit melawan, tetapi mereka seakan-akan sudah tidak mahu bermain lagi dan tidak ada force untuk menang macam kita lihat minggu lepas. Hasilnya mereka membiarkan pemain Thailand mendominasi perlawanan dan meraih keputusan 13-21.

Maka berakhirlah perjuanagn Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di pentas Denmark Open 2024. Kita rasa mungkin faktor keletihan selepas bermain selama seminggu di Finladn minggu lepas dan kini bersambung di Denmark pula.

Kita harap mereka akan kembali kuat dan kembali bermain dengan lebih baik di kejohanan-kejohanan besar yang lain selepas ini. Rest Well Fei Din!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama