Davies Kapten Harimau Malaya lawan New Zealand

Davies Kapten Harimau Malaya lawan New Zealand. Menjelang aksi untuk rehat antarabangsa kali ini menyaksikan skuad Malaysia hanya akan berlawan dengan satu negara sahaja iaitu New Zealand. Pada masa yang sama, Kita dijangka akan bermain menentang kelab terbaik di liga negara tersebut sebagai perlawanan tier 2.

Status pemain Dion Cools yang juga merupakan Kapten pasukan negara dimaklumkan yang Cools tidak akan sertai skuad kebangsaan kali ini dan teka teki mengenai siapa yang bakal memakai lilitan kapten mula menjadi persoalan.


Davies Kapten Harimau Malaya lawan New Zealand



Namun jurulatih interim harimau malaya Pau Marti Vicente mengesahkan yang mereka sudah memilih Matthew Davies sebagai penggati Cools sebagai Kapten pasukan harimau malaya. 

Pau Marti berkata: 


"Kita ada ramai pemain yang ada kepimpinan. Matthew Davies salah seorang ketua pasukan kita untuk perlawanan ini," katanya yang berasal dari Sepanyol.


"Syamer Kutty (Abba) ada banyak pengalaman untuk membantu pasukan.


"Macam saya katakan, kita menekankan aspek kerjasama berpasukan, semua mampu menyumbang," katanya.


Malaysia dalam misi memburu sebanyak mungkin mata dalam aksi persahabatan antarabangsa bagi memperbaiki ranking dan menempatkan diri di pot 1 pertama dalam sesi undian kelayakan piala asia yang akan berlangsung pada disember. 

Kita masih mempunyai masa dan peluang untuk perbaiki ranking dengan syarat kita tidak kalah kepada mana-mana pasukan dalam perlawanan persahabatan. Semoga Skuad Harimau Malaya akan melalui fasa dan jalan mudah menuju Piala Asia 2027 nanti.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama