Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Melangkah ke Pusingan Round 16

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Melangkah ke Pusingan Round 16. Walaupun masih diulit dengan kecederaan prestasi Aaron chia dan soh wooi yik kini di lihat semakin baik ketika mereka memulakan kempen Denmark Open semalam.

Lebih manis apabila mereka mengalahkan beregu dari Jepun Kenya Mitsuhashi dan juga Hiroki Okamura dengan keputusan straight set 28-26 dan 21-11. Perlawanan ini juga tidak terlalu lama dengan hanya 49 minit sahaja untuk beregu lelaki no 1 negara menamatkan permainan.


Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Melangkah ke Pusingan Round 16



Aaron berkata 

" Ini adalah kejohanan kedua kami selepas lama beraksi.

"Walaupun kami berpengalaman, sudah lama kami tidak beraksi di gelanggang, jadi banyak perkara yang perlu disesuaikan semula," katanya 

Di set pertama dilihat permainan mereka masih belum solid sepenuhnya. Namun mereka tetap bermain dengan baik dan tidak putus asa. Ditambah pula saingan yang cukup ketat daripada pemain Jepun juga menyukarkan mereka dalam perlawanan ini.

Tetapi kehebatan pemain negara tidak boleh di sangkal dan akhirnya mereka menang set pertama dengan keputusan 28-26. Jarang kutipan mata akan sampai sebanyak ini dalam satu set.

Bersambung babak kedua, Aaron chia dan soh wooi yik sudah tahu apa nak lakukan terhadap bergu dari jepun itu. Malah, permainan pantas dan bersahaja berjaya membuatkan lawan mereka terpaku dan tidak mampu mengutip mata dengan banyak.

Hasilnya, mereka menang dengan jarak mata yang banyak iaitu 21-11. Aaron dan Wooi Yik dijangka akan bertemu dengan pemain negara juga Man Wei Chong dan Kai Wun tee di pusingan 16 terbaik yang akan berlangsung pada khamis ini.

Semoga berjaya!  


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama