Ziyad Hadiahkan Pingat Perak

Ziyad Hadiahkan Pingat Perak. Berita gembira hari ini apabila Ziyad Zolkefli menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara bagi acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di kejohanan paralimpik paris 2024.

Dalam acara itu juga ada satu pecah rekod dunia dilakukan bintang muda dari Ukraine bernama Oleksandr Yaroyi dengan mencatatkan lontaran sejauh 17.61 m mengatasi rekod dunia iaitu hanya 17.34m yang dialkukan oleh rakan senegaranya di parolimpik tokyo.


Ziyad Hadiahkan Pingat Perak


Mungkin ramai sudah lupa, penyertaan Ziyad dibatalkan di Tokyo kerana lambat masuk ke ruangan permainan mengikut masa yang ditetapkan. Malah ia juga merupakan protes dari pihak lawan yang tidak puas hati Ziyad mendapat pingat emas ketika itu.


Hasil semakan dan desakan lawan, Ziyad dibatalkan penyertaan ketika edisi tokyo 2020 tersebut. Namun kini dia bangkit dan menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.


sementara itu ziyad terpaksa akur dengan kehebatan pemain ukraine itu apabila berjaya mencatatkan lontaran sejauh 17.18meter. Walaupun dia cuba perbaikinya namun rekod dunia itu sukar untuk diatasi oleh ziyad.

Kejyaan Ziyad ini harus diberi pujian kerana dia berjaya memadamkan rekod kurang baiknya di Tokyo 2020 dan membawa pulang pingat perak untuk Malaysia.

Tahniah untuk ziyad atas kejayaan ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama