Selangor Menang, Terengganu malu dihadapan penyokong Sendiri.
Selangor Menang, Terengganu malu dihadapan penyokong Sendiri. Apa sudah jadi dengan pasukan terengganu fc sejak kebelakangan ini. Ketumpulan penyerang masih menghantui pasukan TFC menjelang pusingan kedua liga super 2024.
Sementara itu, pasukan pelawat mendapat tonik berharga selepas berehat panjang selama 8 hari selepas pulang daripada tugasan AFC Champion League 2 selepas menang keatas pasukan TFC semalam.
Gol tunggal dijaringkan pada minit ke 1 atau lebih tepat dalam masa 27 saat sahaja selepas sepak mula perlawanan. Gol terpantas itu dijaringkan oleh Ronnie Fernandez.
Ronnie mendapat umpanan cantik dari Yohandry Orosco dari kanan kotak penalti TFC lalu menewaskan pertahanan terengganu yang masih terleka dengan wisel permulaan perlawanan.
Setakat ini, gol Ronnie memintas gol pantas Syafiq Ahmad dalam liga super dengan 33 saat pada mei lalu. kini ronnie lebih pantas dengan 27 saat sahaja.
Lebih menyedihkan, rekod tanpa kalah TFC lebur di tangan TFC selepas kekalahan ini. Selepas gol pertama itu tiada lagi pertambahan gol dihasilkan kedua-dua pasukan. Namun perlawanan di dominasi oleh pasukan Selangor.
Hasil dari perlawanan ini, pasukan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 25 mata, manakala pasukan Terengganu dengan 16 mata.
Terengganu perlu buat sesuatu jika mahu terus mengekalkan rentak mereka dan mengekalkan penyertaan mereka di pentas ASIA nanti.
Post a Comment