Ranking Lee Zii Jia Jatuh Pula!
Ranking Lee Zii Jia Jatuh Pula! Seperti sudah dijangka sebenarnya apabila melihat prestasi lee zii jia di terbuka china baru-baru ini, memang jelas kita dapat agak yang ranking pemain ini akan jatuh semula selepas naik ke tangga ke tiga pemain dunia.
Kemaskini terbaru daripada BWF menunjukkan Lee zii jia kini jatuh dua anak tangga ke tangga ke lima selepas terkandas awal dari terbuka china baru-baru ini. Lee ZII Jia kalah 15-21 dan 2-21 kepada pemain jepun Koki Watanabe dalam pusingan kelayakan.
Lee zii jia juga mendedahkan kondisi bandan dia tidak seperti yang diharapkan selepas pulang dari Olimpik Paris baru-baru ini. Sejak itu banyak kecederaan baru muncul yang dialaminya.
Kedudukan pemain no 1 Malaysia yang sebelum ini berada di ranking 3 dunia itu kini dirampas oleh Anders Antonsen di tempat ketiga dan di tempat keempat pula menjadi milik pemain jepun Kodai Naraoka.
Sementara itu Axelsen merampas kedudukan pertama dari Shi Yu qi dan pemain china itu turun satu anak tangga di tangga kedua.
Selain itu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani naik 4 anak tangga manakala Aaron chia dan soh wooi yik masih kekal di tempat kelima walaupun tidak turun bermain akibat kecederaan yang di alami oleh woo yik sejak dari olimpik paris 2024!
Goh soon juat dan shevon naik dua anak tangga dankini masuk ke kelompok 10 terbaik dunia. Tahniah diucapkan kepada semua pemain negara yang menunjukkan kualiti mereka dengan memperbaiki ranking dunia mereka.
Tahniah!
Post a Comment