Pearly Tan dan Thinaah Layak Ke Semi Final Hong Kong Open 2024

 Pearly Tan dan Thinaah Layak Ke Semi Final Hong Kong Open 2024. Pagi ini kita mendapat khabar gembira apabila pemain beregu wanita negara berjaya melayakkan diri ke semi final Hong Kong Open 2024. 

Lebih manis lagi apabila pearly tan dan thinaah mengalahkan beregu Indonesia dengan keputusan straight set 21-14 dan 21-13. Pasangan Indonesia FEBRIANA DWIPUJI KUSUMA dan AMALIA CAHAYA PRATIWI gagal memberi cabaran kepada beregu wanita negara dalam perlawanan ini.


Pearly Tan dan Thinaah Layak Ke Semi Final Hong Kong Open 2024



Di set pertama, pearly tan dan thinaah bermula garang dengan mengumpul sebanyak mungkin mata yang mereka boleh. Hasilnya mereka berjaya menjarakkan mata mereka dengan pemain indonesia yang membawa kepada kemenangan 21-14.

Bersambung di set kedua, tiada tentangan dan percubaan untuk bangkit daripada pemain Indonesia yang menyaksikan mereka mudah dijinakkan oleh Pearly Tan dan Thinaah dengan keputusan 21-14.

Hasil daripada kemenangan ini, Pearly tan dan thinaah melangkah ke semi final terbuka hong kong yang akan berlangsung esok dan pasti mereka mampu untuk melangkah ke final pula selepas itu.

Hari ini juga akan berlangsung beberapa lagi perlawanan melibatkan atlet negara iaitu Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, Goh Soon Huat dan lai shevon serta Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin. Mereka akan beraksi petang ini tau.

korang boleh rujuk jadual penuh di jadual hong kong open 2024.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama