Pau Marti Ada Rahsia Ramuan Kalahkan Lubnan
Pau Marti Ada Rahsia Ramuan Kalahkan Lubnan. Demikian keyakinan yang disuarakan jurulatih interim harimau malaya menjelang perlawanan menentang Lubnan pada hari ahad ini. Dari segi ranking, memang jauh beza skuad Malaysia dan lubnan yang mana Malaysia berada di ranking ke 132 dunia manakala Lubnan di ranking ke 116 dunia.
Skuad bimbingan Pau Marti juga cemerlang mengalahkan Filipina dalam perlawanan pertama tempoh hari seterusnya layak untuk bermain di pentas Final Pestabola Merdeka 2024. Persoalan sekarang ini, mampukah trofi itu dijulang malam ini?
Namun bergitu, Pau Marti sudah mempunyai ramuan tersendiri untuk mengalahkan pasukan Lubnan di pentas final hari ini. Dia mendakwa pengalamannya berada di tanah arab atau di Timur tengah sebelum ini sedikit sebanyak membantunya untuk mencaturkan taktikal mujarab untuk harimau malaya.
Marti berkata :
"Ketika ini semua pemain dan barisan kejurulatihan cukup motivasi untuk mencipta kemenangan dan sudah tentu mahu memenangi trofi itu dengan kali terakhir menjulangnya pada 11 tahun lalu.
"Secara keseluruhan, sememangnya agak mustahil untuk beraksi sempurna namun saya percaya pemain akan berikan terbaik dengan mencipta peluang pada perlawanan itu.
"Sebelum ini, saya pernah berada di Timur Tengah sekali gus pengalaman terbabit membantu untuk menewaskan Lubnan," katanya.
Mampukah Malaysia mengalahkan Lubnan hari ini seterusnya menjulang Piala Pestabola Merdeka buat kali pertama selepas kali terakhir menjulangnya pada 11 tahun lalu? Pasti perlawanan malam ini menarik untuk di tonton dan diberi perhatian.
Semoga berjaya harimau malaya!
Post a Comment