Malaysia Julang Piala Pestabola Merdeka 2024

Malaysia Julang Piala Pestabola Merdeka 2024. Satu perkara yang membanggakan apabila melihat skuad kebangsaan kembali menjadi pencabar dan mampu mengalahkan pasukan-pasukan di ranking yang lebih tinggi.

Semalam, skuad Malaysia bimbingan Pau Marti mendakap piala Pestabola Merdeka selepas mengalahkan Lubnan 1-0 dalam aksi terakhir kejohanan tersebut. Gol dijaringkan oleh Romel Morales selepas bola percubaan Endrick tidak masuk gawang gol dan disambar oleh Morales.


Malaysia Julang Piala Pestabola Merdeka 2024



Kejayaan ini juga menyaksikan, penantian 11 tahun harimau malaya untuk menjulang piala ini berakhir dengan jayanya dan ini juga merupakan kejayaan jurulatih baru Pau Marti yang mengambil alih tugasan daripada Kim Pan Gon.

Pasukan Lubnan banyak bertahan dan melakukan hantaran pantas kehadapan apabila skuad harimau malaya kehilangan bola. Namun ketenangan pertahanan harimau malaya harus diberi pujian sepanjang perlawanan ini.

Untuk rekod, Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Pestabola merdeka adalah pada 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun negara ketika itu yang mengalahkan pasukan Myanmar di pentas akhir.

Tahun lepas pula, skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan kepada Tajikistan dengan jaringan 2-0 untuk mendapat tempat kedua kejohanan ini.

Kejayaan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buat skuad harimau malaya untuk terus bersaing dalam memburu kelayakan ke Piala Asia 2027 nanti. Bulan hadapan akan ada lagi dua perlawanan persahabatan dan salah satu daripadanya adlaah menentang New Zealand.

Jadi jangan lupa untuk terus beri sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan seterusnya nanti ya. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama