Lee Zii Jia Kini No 3 Dunia
Lee Zii Jia Kini No 3 Dunia. Satu pencapaian yang membanggakan apabila melihat satu langkah demi langkah diperoleh oleh pemain perseorangan lelaki no 1 Malaysia ini sehingga dia mendapat ranking no 3 dunia.
$ads={1}
Anak muda lahir di negeri Kedah ini baru sahaja dinobatkan sebagai pemain no 3 dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh persatuan badminton dunia (BWF). Sebagai rekod, kali terakhir lee zii jia mendapat top3 adalah pada januari tahun lepas.
Ranking kalini juga dipengaruhi dengan prestasi pemain Indonesia Jonatan Christie yang kehilangan banyak mata selepas kalah beberapa kali dalam kejohanan-kejohanan yang mereka sertai. Malah mereka juga tidak perform dalam Olimpik paris dan juga kejohanan selepas itu.
Rezeki lee zii jia melihat Christie jatuh ke tangga ke 7 ranking dunia dan merampas kedudukan ketiga untuk lee zii jia.
Manakala Ng Tze Yong jatuh 3 anak tangga selepas tidak bermain lama akibat kecederaan dan kini menghuni di tangga ke 25 dunia.
$ads={2}
Aaron Chia dan Wooi Yik pula jatuh ranking dari kedudukan ke 3 dunia jatuh ke kedudukan ke lima dunia.
Sementara itu, bereguu lelaki negara berada di posisi terbaik dunia apabila terus menghuni kedudukan 20 terbaik dunia. Antaranya adalah Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang kini bergerak secara profesional di kedudukan ke-12, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (17) dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri (19).
Post a Comment