Lee Zii Jia Kecewakan Penyokong Malaysia

 Lee Zii Jia Kecewakan Penyokong Malaysia. Sekian lama menanti, akhirnya rasa ingin melihat permainan pemain no 3 dunia berhasil apabila dia menyertai China Open 2024 kali ini. Namun kegembiraan itu bertukar duka apabila dia balik awal lagi kali ini.

Ramai yang menyaksikan perlawanan lee zii jia hari ini menyifatkan prestasi pemain no 3 dunia itu seperti sangat mengecewakan. Ditambah pula dengan keputusan set kedua yang melihatkan lee zii jia kalah dengan keputusan 21-2 sungguh menyedihkan.


Lee Zii Jia Kecewakan Penyokong Malaysia



Mungkin kami tak boleh cakap apa-apa dengan prestasi pemain tetapi kita bercakap mengenai keputusan hari ini sangat merisaukan dan menyedihkan.

Agak mustahil untuk melihat pemain no 3 dunia untuk kalah dengan keputusan yang begitu teruk seperti ini. 

Aku kongsikan sikit mengenai set pertama, lee zii jia bermain dengan baik namun pemain jepun itu terlalu hebat sehinggakan gelaran pemain no 3 dunia itu pun lenyap. Koki Watanabe menang dengan keputusan 21-15.

Bersambung di babak kedua, Lee Zii Jia hilang dari radar. Koki tak beri peluang untuk lee zii jia dapat mata dan jelas lihat lee zii jia juga sudah menyerah awal.

Taktikal salah dan akhirnya lee zii jia hanya dapat 2 mata sahaja dari set kedua untuk keputusan 21-2. Kita harap, Lee Zii Jia dapat bangkit kembali dan bermain dengan lebih baik untuk kejohanan seterusnya kalau lee zii jia nak sertai kejohanan tersebut.

Tahniah Lee Zii Jia! Anda sudah lakukan yang terbaik!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama