Lee Zii Jia Dedah Punca Kalah Teruk
Lee Zii Jia Dedah Punca Kalah Teruk. Semalam kita dikejutkan dengan keputusan yang mengecewakan rakyat Malaysia apabila Lee Zii Jia kalah teruk kepada pemain jepun Koki Watabe dengan keputusan 21-15 dan 21-2.
Perlawanan yang berlangsung untuk terbuka china itu menyaksikan pemain no 3 dunia itu tidak dapat menyambung kemaraan ke pusingan seterusnya selepas kekalahan tersebut.
Lee Zii Jia tampil memberi punca kekalahan tersebut dengan mengatakan badannya belum 100% dalam keadaan baik dan dia merasakan ada sesuatu yang menggangu dirinya.
"Seperti yang anda lihat, saya mendahului agak jauh pada set pertama dan saya tidak dapat menamatkan set pertama itu (dengan kemenangan).
"Dan, ya, jujurnya, keadaan saya masih belum di tahap terbaik. Saya dapat merasakannya, banyak yang perlu saya usahakan untuk kembali ke tahap terbaik.
"Selepas Olimpik, keadaan badan saya agak pelik dan banyak kecederaan muncul. Apabila saya berlatih dengan intensiti tertentu, saya akan rasa sakit di seluruh badan, seperti siku, lutut, belakang badan.
"Semuanya menjadi kaku. Ini adalah sesuatu yang perlu saya selesaikan. Kerana saya perlu kembali ke tahap 100 peratus untuk layak ke peringkat akhir Jelajah Dunia," katanya.
Kita harap lee zii jia kembali pulih seperti baisa dan dapat mengubat kekecewaan rakyat Malaysia yang mengharapkan dia bermain dengan baik dalam setiap kejohanan yang disertainya.
All the best lee zii jia!
Post a Comment