Kami Benar-benar Perlukan Sokongan Penyokong

Kami Benar-benar Perlukan Sokongan Penyokong. Menjelang aksi pertama dan pembukaan Pestabola Merdeka yang akan berlangsung hari ini, para pemain merayu penyokong dapat hadirkan diri memberi sokongan kepada mereka yang akan beraksi di dalam pertandingan ini.

Ia berikutan ada penyokong yang mahu memboikot Kejohanan ini atas sebab yang tak munasabah dan sedikit sebanyak menjejaskan pertandingan yang dilangsungkan di Malaysia.


Kami Benar-benar Perlukan Sokongan Penyokong



Pemain Malaysia,  Endrick dos Santos berkata: 


"Kami benar-benar perlukan sokongan daripada penyokong kerana mereka adalah kunci kekuatan kita (skuad Harimau Malaya).


"Bila kita bermain di Bukit Jalil, memang kita perlukan sokongan penyokong. Kita akan turun perlawanan nanti dan kita akan lihat hasilnya," kata.

--

Jadi sebagai penyokong bola sepak negara, kita kena terus menyokong dan menghadiri perlawanan-perlawanan melibatkan skuad negara kerana setiap perlawanan amat penting bagi Harimau Malaya dalam menempuh perjuangan menaikkan ranking pasukan.

Ada laporan media mengatakan Tiket yang terjual bebearapa hari lalu tidak sampai 1000 keping  pun. Jadi ini jelas menduka citakan para pemain bola sepak negara yang bakal bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini.

Kita ucapkan semoga berjaya buat Harimau Malaya dalam perlawanan ini dan untuk penyokong pula, anda masih mempunyai masa untuk membeli tiket sebelum perlawanan malam ini bermula.

Ayuh support Harimau Malaya!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama