Jurulatih Lubnan Dapat Maklumat Skuad Harimau Malaya

Jurulatih Lubnan Dapat Maklumat Skuad Harimau Malaya. Situasi yang lain pula berlegar di kem Lubnan selepas pendedahan mengejut jurulatih mereka, Miodrag Radulovic. Dia mendakwa sudah mendapat maklumat yang cukup mengenai taktikal malaysia dan beberapa kualiti pemain Harimau Malaya.

Sementara itu, Pau Marti juga berkata dia mempunyai ramuan dan pengalaman untuk membantu Malaysia mengalahkan Lubnan malam ini. Dia juga berkata ramuan itu boleh menjadi asbab kemenangan Malaysia.


Jurulatih Lubnan Dapat Maklumat Skuad Harimau Malaya



Radulovic berkata :


"Sudah pasti kami menggunakan beberapa maklumat dari mereka (Ataya dan Khamis), tapi saya juga dapat maklumat dari pemain Montenegro iaitu (Argzim) Redzovic dan Adrijan Rudovic yang beraksi untuk Terengganu dan Kuala Lumpur City.


"Saya dapat maklumat daripada mereka mengenai kejohanan, liga dan kualiti beberapa pemain (Malaysia)," katanya lagi.

Namun begitu jurulatih lubnan itu tetap mengatakan Malaysia mempunyai kualiti yang sangat baik dan menjangkakan final malam ini pasti menarik untuk ditonton.


"Ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar esok, tapi kami bersedia dan satu penghormatan untuk berada di pentas akhir.


"Saya jangka esok ramai penyokong yang akan hadir kerana ini adalah final. Bagi kami, ia bagus juga selain cuaca akan berbeza kerana aksi sebelum ini kami bermain jam 4 petang. Jadi ia akan jadi lebih baik buat kami," katanya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama