Jun Hao Mara Ke Pusingan 16 Terbaik Hong Kong Open 2024

Jun Hao Mara Ke Pusingan 16 Terbaik Hong Kong Open 2024. Terkejut dengan prestasi di set pertama perlawanan melibatkan pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao yang mana dia kalah 21-4 di set tersebut.

Jun Hao yang bermain menentang wakil tuan rumah dilihat bergelut di set pertama namun berjaya kembali ke prestasinya di set kedua dan ketiga. Junhao menentang Chan Yin Chank di pusingan 32 terbaik dan kini layak ke pusingan 16 terbaik.


Jun Hao Mara Ke Pusingan 16 Terbaik Hong Kong Open 2024



Di set kedua, permainan Jun Hao semakin matang dan baik dan kurang kesilapan dilakukan berbanding di set pertama. Akhirnya di set kedua, Jun Hao berjaya menang dengan jarak 10 mata dengan keputusan 21-11.

Bersambung di set penentuan, Jun Hao sekali lagi tidak beri peluang kepada lawan dengan mendominasi perlawanan. Pemain tuan rumah juga tidak mempunyai idea untuk menghentikan jun hao dan hasilnya pemain negara berjaya mengalahkan tuan rumah dengan keputusan 21-17.

Hari ini, Jun Hao akan bermain menentang pemain tuan rumah yang mencipta kejutan baru-baru ini dengan menyingkirkan juara korea open 2024.

Kita harap Jun Hao dapat melangkah ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama