JDT sukar Menang Besar Keatas Kuching City
JDT sukar Menang Besar Keatas Kuching City. Ketika fans johor dt mengharapkan pasukan itu mampu memenangi perlawanan dengan jaringan besar. Hasilnya mereka hanya mampu mengalahkan Kuching City dengan keputusan 2-1.
Ditambah juga dengan kesuakaran mereka mendapatkan gol awal menjadikan perlawanan ini semakin sengit. Gol pertama muncul di separuh masa kedua menerusi Bergson yang menanduk bola hasil hantaran daripada Arif Aiman.
Jelas dengan kemasukan Bergson menghidupkan jentera serangan JDT yang sebelum ini dimain oleh Obregon.
Gol kedua JDT muncul pada minit ke 82 menerusi juan muniz yang mendapat bola lorongan daripada Bergson kemudian menendang bola tersebut menewaskan penjaga gawang Kuching City.
Namun begitu, Kuching City tak duduk diam, mereka berjaya merapatkan jurang apabila Fernando Welter menjaringkan gol dan menewaskan penjaga gol JDT, Syihan Hazmi.
Hasil dari kemenenangan ini, Kedudukan dalam liga sekarang ini, JDT mendahului dengan 31 mata, manakala Kuching City berada di kedudukan ke 4 liga dengan 14 mata.
Kemenangan tipis semalam sebenarnya melegakan JDT apabila mereka perlukan semangat dan moral yang tinggi untuk perlawanan menentang Shanghai Shenhua pada hari selasa di Stadium Sultan Ibrahim.
Jadi kita harap pasukan JDT dapat terus membanggakan Malaysia di pentas antarabangsa dan terus menaikkan mutu bola sepak Malaysia.
Kesebelasan Utama :
JDT: Syihan Hazmi, Matthew Davies, Jordi Amat (c), Enzo Lombardo, Feroz Baharudin, Iker Undabarrena, Juan Muñiz, Nazmi Faiz, Óscar Arribas, Arif Aiman, Jorge Obregon
Substitutes: Christian Abad, Shahrul Saad, Safiq Rahim, Bergson, Romel Morales, Corbin-Ong, Junior Eldstål, Natxo Insa, Daryl Sham
KUC: Shahril Sa'Ari, Jimmy Raymond, Rodney Celvin, Arif Fadzilah, Petrus Shitembi, Nur Shamie Iszuan, Moses Atede, Pedro Henrique, James Okwuosa (c), Alif Hassan, Yuki Tanigawa
Substitutes: Shaiful Wazizi, Tchetche Kipre, Amir Amri Salleh, Zahrul Nizwan Joe Kifli, Hariz Mansor, Filemon Anyie Standly, Hazwan Bakri, Diego Baggio Test, Fernando Welter
Post a Comment