Dion Cools Jadi Spy Untuk Harimau Malaya
Dion Cools Jadi Spy Untuk Harimau Malaya. Menjelang aksi pertemuan diantara Malaysia menentang pasukan Lubnan malam ini pelbagai perkara dilakukan oleh skuad negara untuk menjulang Trofi Pestabola Merdeka 2024 ini.
Kapten pasukan, Dion Cools juga tidak duduk diam malah dia melakukan beberapa perkara demi mendapatkan maklumat kekuatan pihak lawan.
Cools berkata :
"Pada perlawanan sebelum ini menentang Filipina pun sama kita tetap cuba mengumpul maklumat mengenai kekuatan pasukan.
"Pada saya, Lubnan adalah pasukan yang hebat sekali gus saya sudah cuba merisik dan mengumpul maklumat mengenai kekuatan mereka," katanya,.
Kapten Harimau Malaya itu juga ada memberi komen mengenai kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan dia mendakwa kondisi padang bukanlah yang terbaik tetapi kualiti terbaik setakat dia menggunakan padang ini.
"Saya melihat padang tidaklah boleh dikatakan sudah sempurna namun saya boleh katakan ia adalah antara yang terbaik pernah beraksi di venue itu," katanya.
Cools yang kini bermain bersama dengan Buriram United membantu skuad harimau malaya mengalahkan pasukan Filipina pada aksi pertama baru-baru ini. Yang menyaksikan skuad negara menang 2-1.
Hari ini, 8 september 2024, skuad negara bakal menentang Lubnan bagi aksi final pestabola merdeka pula. Dapatkah Harimau Malaya menjuarai kejohanan ini?
Ayuh Ekor HARIMAU MALAYA! Kita turun ramai-ramai dan beri sokongan padu buat pasukan kebanggan kita di pentas final ini. Ayuh Malaysiaku!
Post a Comment