Header Ads

Chen Tang Jie dan Toh EE Wei Menang, Pearly Tan dan Thinaah Kalah di Final

 Chen Tang Jie dan Toh EE Wei Menang, Pearly Tan dan Thinaah Kalah di Final. Dua keputusan yang berbeza buat skuad negara di pentas final terbuka korea hari ini apabila satu menang dan satu kalah. Namun pujian harus diberikan kepada mereka sebab prestasi yang sangat baik di terbuka korea kali ini telah ditampilkan oleh mereka.

Pentas final dibuka dengan perlawanan melibatkan Chen tang jie dan toh ee wei yang menentang pasangan daripada China, Guo Xin Wa dan juga Li Qian. Dalam perlawanan itu, mereka menang dengan keputusan 17-21 , 21-13 dan 21-13. 


Chen Tang Jie dan Toh EE Wei Menang, Pearly Tan dan Thinaah Kalah di Final


Mereka melakukan comeback selepas ketinggalan di set pertama dan memberi kemenangan kepada Malaysia. Tahniah diucapkan buat Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei atas kemenangan ini. Memang nampak kesungguhan mereka bermain dan nak menang dalam perlawanan ini.


Lain pula yang terjadi kepada Pearly Tan dan Thinaah apabila mereka terkandas dan kalah kepada beregu tuan rumah dengan keputusan 21-12 dan 21-11. Mereka kalah kepada pemain pilihan keenam kejohanan iaitu Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong. Sementara itu pearly dan thinaah merupakan pemain pilihan keempat kejohanan terbuka korea kali ini.


Chen Tang Jie dan Toh EE Wei Menang, Pearly Tan dan Thinaah Kalah di Final

Pearly tan dan thinaah tidak dapat mendapatkan kejuaraan pertama mereka tahun 2024 ini selepas mereka kalah dalam perlawanan ini.

Kita harap mereka segera bangkit dan meneruskan rentak baik mereka di pentas badminton dunia seperti mana mereka lakukan sekarang ini.

Aku masih yakin mereka mampu memperbaiki ranking dan juga mendapat kemenangan tidak lama lagi. Ayuh Bangkit Pearly Tan dan Thinaah!



Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.