CHEAH LIEK HOU HADIAHKAN EMAS BUAT MALAYSIA

$ads={1}CHEAH LIEK HOU HADIAHKAN EMAS BUAT MALAYSIA. Berita gembira buat kontinjen negara di Paris diperoleh bagi acara badminton sebentar tadi apabila wakil negara memenangi pingat emas bagi acara final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena.

Liek Hou mengalahkan pemain Indonesia, Suryo Nugroho yang mengalahkan Fareez Anuar di semi final tempoh hari. Lebih best apabila Liek Hou hanya memerlukan 26 minit sahaja untuk menamatkan perlawanan ini.


CHEAH LIEK HOU HADIAHKAN EMAS BUAT MALAYSIA



Keputusan perlawanan menyaksikan Liek Hou mudah mengalahkan NUgroho dengan keputusan 21-13 dan 21-15.

Di set pertama kita lihat wakil negara kita ini bermain dengan matang dan pantas. tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan mata. Bahkan dia melakukan perkara yang mudah dengan mempercepatkan kutipan mata.


Pada masa yang sama, menyebabkan lawannya itu tidak mampu untuk memintas Liek Hou di set pertama. Dia berhasil dengan kemenangan 21-13.

Bersambung di set kedua, Liek Hou diuji awal dengan perubahan permainan Suryo. Namun ternyata Dia lebih bersedia apabila mudah mengenepikan percubaan lawan yang cuba bangkit dengan mendapatkan mata demi mata.

Hasilnya, LIek Hou menang 21-15. Tahniah diucapkan kepada Liek Hou atas kemenangan ini dan ia pasti akan membanggakan kem badminton negara dan juga Rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sementara itu, Fareez pula gagal menghadiahkan pingat gangsa buat negara apabila kalah kepada pemain Indonesia,Dheva Anrimusthi dengan keputusan 21-17, 19-21, 12-21

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama